Leping (geologi)

Leping merupakan nama untuk siri teratas/epok terakhir dalam tempoh Perm.[3] Ia merupakan epok terakhir pada era Paleozoik. Epok Leping didahului oleh epok Guadalup dan diikuti oleh epok Trias Awal.Epok Leping selalunya sinonim dengan istilah tidak rasmi Perm Akhir atau Perm Atas.Nama ini diperkenalkan oleh Amadeus William Grabau pada tahun 1931 dan berasal dari Leping, Jiangxi di China.[4] Ia terdiri daripada dua peringkat/usia. Peringkat pertama ialah peringkat Wuchiaping dan yang kedua ialah peringkat Changhsing.[5]Carta Kronostratigrafi Antarabangsa (v2018/07)[3] memberikan umur berangka 259.1±0.5 juta tahun dahulu (jtd) untuk epok ini. Jika Bahagian dan Titik Stratotaip Sempadan Global (GSSP) telah diluluskan, sempadan bawah peringkat terawal menentukan umur berangka sesuatu epok. GSSP untuk peringkat Wuchiaping mempunyai umur berangka 259.8 ± 0.4 jtd.[6][7]Bukti daripada kitaran Milankovitch menunjukkan bahawa tempoh hari Bumi pada epok ini adalah kira-kira 22 jam.[8]

Leping (geologi)

Kegunaan tempatan Global (ICS)
Keformalan nama Formal
Unit kronologi Epok
Jasad cakerawala Bumi
Unit stratigrafi Siri
Skala masa yang digunakan Skala Masa ICS
Takrif sempadan atas DKP konodon Hindeodus parvus.
Tarikh ratifikasi sempadan atas GSSP 2001[2]
Sinonim Perm Akhir/Atas
Tarikh ratifikasi sempadan bawah GSSP 2004[1]
Sempadan bawah GSSP Keratan Penglaitan, Laibin, Guangxi, China
23°41′43″N 109°19′16″E / 23.6953°N 109.3211°E / 23.6953; 109.3211
Sempadan atas GSSP Meishan, Zhejiang, China
31°04′47″N 119°42′21″E / 31.0798°N 119.7058°E / 31.0798; 119.7058
Keformalan jangka masa Formal
Takrif sempadan bawah DKP konodon Clarkina postbitteri postbitteri

Rujukan

WikiPedia: Leping (geologi) https://stratigraphy.org/gssps/files/wuchiapingian... https://stratigraphy.org/gssps/files/induan.pdf https://doi.org/10.18814%2Fepiiugs%2F2006%2Fv29i4%... https://doi.org/10.18814%2Fepiiugs%2F2001%2Fv24i2%... https://doi.org/10.1093%2Facref%2F9780199653065.00... https://doi.org/10.1038%2Fncomms3452 http://www.stratigraphy.org/index.php/ics-chart-ti... http://www.stratigraphy.org/index.php/ics-gssps https://www.ncbi.nlm.nih.gov/pmc/articles/PMC37785... https://ui.adsabs.harvard.edu/abs/2013NatCo...4.24...